"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." (HR Muslim)
Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak wanita ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..
tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...
Ibarat bunga..
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat dipandangan mata si jahil
dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Karena itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang bersemangat.. sebagai isteri, dia
menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan
menyerah diri hanya kepada-Nya.
Allah swt berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 24 yang ertinya, "Barangsiapa
yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia
seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak
dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana
eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki
dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita
memiliki tugas dan kewajiban yang berlainan, sesuai dengan fitrah
masing-masing. Namun, tujuan hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama,
iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman,
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita
sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." (QS. An-Nisaa: 124)
Rasulullah juga turut memerintahkan umatnya supaya memperlakukan wanita
sebaik-baiknya sebagaimana sabdanya: "Mereka yang paling sempurna di kalangan
mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang
terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (HR
At-Tirmidzi)
Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut
fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya: "Berlaku baiklah terhadap
kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang tengkok adalah
bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan
mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku
baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim.
Nilai wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh
wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang
menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya
ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.